Saturday, August 10, 2013

Nancy Marcus dan Kieren Laurent ke peringkat Antarabangsa!

Daphne Iking
Sejak akhir-akhir ini, Sabah keihatan seperti mengorak langkah dalam dunia peragaan, Ratu Cantik ( Beauty Paegent) dan fesyen. Siapa tidak mengenali Amber Chia, Daphne Iking, Mandy Nandu, Cassandra Patrick, dan beberapa lagi nama besar. 
Amber Chia

Sabah seperti semakin diberikan kepercayaan untuk mewakili negara ini ke peringkat pertandingan antarabangsa dalam bidang ini. Seperti tahun lalu (2012), Kieren Laurent, yang pernah mengikuti Miss Earth Sabah / Miss Earth Malaysia  telah dipilih untuk mewakili Malaysia dalam pertandingan Miss Globe International yang telah diadakan di Albania. 

Sebelumnya, Mandy Nandu juga pernah mewakili Malaysia dalam pertandingan Miss Earth yang telah diadakan di Palawan, Filifina sementara Cassandra Patrick pula pernah mewakili Malaysia dalam pertandingan Miss Tourism Queen International di China beberapa tahun lalu. 
Mandy nandu

Tahun ini menyaksikan 3 remaja dari Sabah telah mewakili negara ini dan akan mewakili negara ini ke peringkat antara bangsa iaitu Graciously Grace ( Nama Facebook) yang telah mewakili Malaysia untuk pertandingan Miss Tourism Queen International di China pada Mei lalu.
Grace

Untuk makluman bahawa  terdapat 2 lagi dari negeri ini yang akan bakal mewakili Malaysia ke peringkat antarabangsa iaitu Nancy Marcus akan turut mewakili Malaysia dalam pertandingan Miss Supranational 2013 dan Kieren Lauren yang akan mewakili Malaysia sekali lagi ke pertandingan Miss Asia Pacific World 2013.
Cassandra Patrick

Nancy Marcus pernah mengikuti beberapa pertandingan sebelum ini iaitu Breeze Model Search dan juga Miss Global International yang baru sahaja berlalu baru-baru ini. Nancy akan mewakili Malaysia ke pertandingan Miss Supranational 2013 yang akan diadakan di Belarus dan bertanding bersama-sama dengan 90 peserta lain di seluruh dunia. 
Kieren Laurent

Kieren Laurent pula pernah mengikuti Miss Earth Sabah (tempat ke-2) dan Miss Earth Malaysia dan aktif dalam bidang peragaan di bawah naungan M&E Production di Sabah. Tahun lalu, Kieren telah mengikuti pertandingan Miss Global International di Kuching, Sarawak dan telah mendapat tempat ke-2 dan mewakili Malaysia ke pertandingan Miss Globe International. Pada tahun ini, sekali lagi, Kieren akan mewakili Malaysia ke pertandingan antarabangsa iaitu Miss Asia Pacific World yang
Nancy Marcus
akan diadakan di Korea.

Marilah kita sama-sama mendoakan kejayaan kedua-dua duta kecil Sabah dan Malaysia ini.

GOOD LUCK!